Ibu Nita Hamzah meninggal dunia

23 Feb 2021 • 5:16 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI Nita Hamzah memaklumkan ibunya, Norazizan Ramly menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.50 pagi, pada Selasa.

Ujar juara Malaysian Idol musim kedua itu, dia dan adik-beradik reda dengan pemergian bonda tercinta.

“Waris waris, saudara dan kawan-kawan dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ibu saya Norazizan Ramly (Angah) telah kembali ke rahmatullah jam 3.50 pagi.

“Mummy, kami reda… Tenanglah mummy di sana…” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya dan turut meminta orang ramai mendoakan arwah ibunya.

 

The post Ibu Nita Hamzah meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.