Apple Dilaporkan Akan Melabur RM14.5 Bilion Pada Kia Untuk Pembangunan Kereta Elektrik

TechnologyDigital
3 Feb 2021 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah Apple akan menghasilkan kereta elektrik mereka dalam masa terdekat? Jawapannya mungkin ya sekiranya laporan Bloomberg hari ini menjadi kenyataan. Bloomberg memetik sumber berita Korea Selatan yang mendakwa Apple akan melabur 4 trilion Won (~RM14.5 bilion) pada Kia untuk memulakan penghasilan kereta pertama mereka.

Apple dipercayai akan menandatangani perjanjian dengan Kia pada 14 Februari ini dengan perancangan membina kereta elektrik ini di Amerika Syarikat menjelang 2024. Kilang yang terletak di Georgia ini menyasarkan pengeluaran sehingga 100,000 kereta setahun.

Sebelum ini terbit laporan eksekutif di Hyundai, yang merupakan syarikat induk kepada Kia bebelah bagi untuk meneruskan kerjasama dengan Apple kerana risau dilihat sebagai kontraktor dalam pembinaan kereta uini kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved