KKMM Mengumpul Maklum Balas Mengenai Perlaksanaan Darurat

TechnologyDigital
3 Feb 2021 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kini mewujudkan saluran khas bagi membolehkan orang ramai berkongsi pendapat dan maklum balas berkaitan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan oleh negara ketika ini sehingga 1 Ogos kelak.

image is not available

KKMM dalam kenyataannya berkata, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan maklum balas masing-masing menerusi saluran telegram ‘Saluran Maklumat Darurat‘ atau emel ke alamat : maklumbalasdarurat@kkmm.gov.my. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Darurat bertujuan untuk tambah-baik pelaksanaan darurat bagi usaha memerangi wabak COVID-19 yang sedang menular di negara ini.