[VIDEO] Bukan aksi pemuda demo kain pelikat kemas jadi bualan tetapi komen lucu netizen buat ramai terhibur

17 Feb 2021 • 4:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BAGI para lelaki, kain pelikat sememangnya antara item wajib untuk dipakai ketika solat mahupun bersantai di rumah.

Pun begitu, jika dilihat secara rambang, kebanyakan gaya pemakaian kain pelikat berbeza-beza.

Lagi melucukan, ada yang senget tidak selari dengan corak garisan kain malah ada yang mudah terlucut.

Pun begitu perkongsian seorang warganet dalam akaun Twitter mengundangkan pelbagai reaksi dek kekemasan kain pelikat yang dipakai.

Video yang dikongsikan @amer_aljeffrey yang berdurasi 59 saat itu menerima lebih 800,000 tontonan. Wah memang ramai yang menonton.

Hantaran dengan kapsyen “31 tahun hidup, only today aku tahu macam ni cara ikat kain pelikat dengan kemas!”.

image is not available

Memang kemas kain pelikat yang dipakai pemuda tersebut dan apa yang paling menjadi tumpuan adalah komen-komen netizan yang tidak pernah mengecewakan.

Bagi si lelaki yang berperut buncit, dikatakan tidak akan menjadi.

image is not available

Level confident tahap dewa jika pakai kain sekemas itu.

image is not availableAda juga terpikat untuk dijadikan menantu.

image is not availableTidak kurang juga berkongsi pengalaman kain pelikat jadi kembang seperti princess.

image is not availableJenis kain pelikat juga memainkan peranan.

image is not availableAda juga yang memuji dek didikan keluarga jadi Melayu sejati.

image is not availableTutorial kain batik pun ada orang minta.

image is not availableTidak dinafikan, masih ada lagi anak-anak muda yang tidak pandai memakai kain pelikat berbanding golongan bapa-bapa dan warga emas.

Barangkali mereka kembali teruja untuk mencuba selepas melihat tutorial yang dikongsikan pemuda tersebut.

Bukan setakat pakai untuk solat, boleh juga belajar untuk dipakai pada hari raya nanti kerana cara pemakaian samping pun lebih kurang sama.

 

 

 

The post [VIDEO] Bukan aksi pemuda demo kain pelikat kemas jadi bualan tetapi komen lucu netizen buat ramai terhibur appeared first on Sinar Plus.