PKP 2.0 : Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut & Car wash Sudah Dibenarkan Beroperasi

4 Feb 2021 • 5:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sehingga 18 Februari 2021.

Namun pembukaannya difahamkan dibenarkan dengan operasi yang ketat.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri menerusi sidang media harian pada petang khamis.

image is not available

Menurut beliau, waktu operasi pasar malam yang dibenarkan adalah dari 4.00 petang sehingga 10 malam manakala kedai gunting rambut dan salun dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.

Selain itu, pusat cuci kereta juga turut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Jelas beliau lagi, kebenaran akan berkuatkuasa mulai esok”

“Ianya berkuatkuasa bermula esok 5( februari 2021) ” kata Ismail Sabri.

image is not available

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan sekiranya terdapat kes positif Covid-19 dikalangan pekerja atau perlanggaran SOP di mana-mana aktiviti perniagaan yang sudah diluluskan hari ini dan terdahulu, kerajaan akan mengambil keputusan tegas dengan menutup operasi perniagaan tersebut.

“(Semua) Aktiviti perniagaan yang kita buka ini, kalau ada kes positif sahaja di tempat tersebut, maka ia akan ditutup.

“Kalau ada perlanggaran SOP pun kita akan ambil tindakan tutup juga. Semua perusahaan yang sudah dibenarkan sebelum ini perlu patuh SOP ” jelas beliau lagi.