UL Benchmarks Mengemaskini 3DMark Dengan Ujian Penanda-aras DirectX 12

TechnologyDigital
12 Feb 2021 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ujian penanda-aras 3DMark lazimnya digunakan untuk menguji kebolehan sesebuah kad grafik dalam pelbagai situasi, seperti pengiraan dan juga menggerakkan model-model 3D menggunakan pelbagai API.

Terkini, UL Benchmarks telah mengemaskini perisian 3DMark dengan ujian khusus untuk API grafik DirectX 12 yang dinamakan 3DMark Mesh Shader.

image is not available

Ujian Mesh Shader ini menunjukkan sejumlah tiang yang diolah menggunakan teknik raster yang tradisional dan juga Mesh Shader baru. Kamera dalam aplikasi akan bergerak, dimana ia menghalang penglihatan pada tiang-tiang ini.

Menggunakan Mesh Shader, tiang-tiang yang tidak dapat dilihat ini tidak akan diolah oleh kad grafik, mengurangkan data yang diperlukan untuk dipaparkan di bahagian paparan, membolehkan pemain untuk menggerakkan permainan pada resolusi dan kadar segar semula yang lebih tinggi dengan lebih mudah.

image is not available

Jika anda sudahpun memiliki perisian 3DMark Advanced ataupun Professional, ujian penanda-aras Mesh Shader ini sudahpun boleh dimuat-turun secara percuma.

Untuk menggunakannya, komputer anda harus menggunakan sistem Microsoft Windows 10 dengan kemaskini versi 2004 dan juga kad grafik yang menyokong API DirectX 12 Ultimate.