Murid sekolah rendah, prasekolah mula belajar secara semuka 1 Mac

19 Feb 2021 • 5:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 19 FEB: Murid sekolah tahun satu, dua dan prasekolah seluruh negara akan hadir ke sekolah mulai 1 Mac.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, berkata murid tahun tiga, empat, lima dan enam pula bermula 8 Mac 2021.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkenaan pembukaan sekolah di bawah Kementeri Pendidikan Malaysia hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Murid sekolah rendah, prasekolah mula belajar secara semuka 1 Mac appeared first on Selangorkini.