2 Pesakit Jalani Kuarantin Ditahan, Dibawa Keluar Dari MAEPS Kerana Curi Telefon

11 Feb 2021 • 1:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak semalam tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sepasukan anggota polis lengkap dengan sut perlindungan diri (PPE) sedang berkawal di dalam pusat kurantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar 10.30 malam tadi (rabu) ekoran suasana tegang di tempat berkenaan selepas dua individu didakwa mencuri empat telefon bimbit milik pesakit lainnya.

Menerusi video tersebut, terlihat kelibat beberapa orang anggota polis sedang menyoal siasat sakag seorang suspek yang dalam keadaan mencangkung.

Menurut pemilik video tersebut, kehadiran polis di sana adalah untuk menahan dua individu berkenaan.

“Patut la ramai orang hilang telefon, nasib baik jumpe pencuri dia Mantap PDRM datang awal” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dipercayai banduan yang dikuarantin

Menerusi ruangan komen pula dia memaklumkan kedua mereka sebenarnya merupakan banduan yang dikuarantin.

image is not available

@ayiekefli

Patut la ramai orang hilang hp , Naseb jumpe pencuri dia . Mantap PDRM datang awal . #fyp #maepsserdang #fy

♬ Oh No – Kreepa

Tunduk semasa di bawa keluar

Menerusi satu lagi video, kedua-dua invidu berkenaan kemudian ditahan dan dibawa keluar dari pusat kuarantin oleh pasukan anggota polis berkenaan.

Penahanan mereka kemudiannya mendapat sorakan dari kalangan pesakit lainnya sebagai tanda berterima kasih di atas kepantasan pihak polis menjalankan tugas.

@ayiekefli

Syabass ! Masuk lokapp ye . image is not availableimage is not available##fyp ##fy ##maepsserdang

♬ bunyi asal – Ayie Kefli

Menurut laporan wartawan NSTP, Mohd Redzuan Abdul Manaf susulan dari penahan tersebut empat peranti yang hilang berjaya ditemui semula.

Perkongsian tersebut nyata mengejutkan orang ramai dengan rata-rata mereka meluahkan rasa berang diatas tindakan individu-individu terbabit. Ini kerana telefon adalah satu-satunya medium untuk keluarga berkomunikasi dengan pesakit yang sedang menjalani kuarantin.

Ramai yang turut berpendapat dua individu terbabit seharusnya tahu mereka sedang ‘diuji’ dengan jangkitan Covid-19 justeru tidak sepatutnya membuat benda yang tidak sepatutnya.

image is not available

image is not available