Sepang catat kes tertinggi positif Covid-19

17 Feb 2021 • 11:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 17 FEB: Sepang mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor hari ini iaitu 396 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan pertambahan kes itu rata-ratanya berpunca daripada jangkitan di tempat kerja melibatkan Kluster Tanjung Suria.

“Manakala Klang menjadi daerah kedua tertinggi dengan catatan 331 kes juga majoriti disebabkan saringan pekerja dan kontak rapat.

“Kuala Langat pula merekodkan 201 kes diikuti Gombak (120), Hulu Langat (103), Kuala Selangor (29) dan Hulu Selangor (sembilan),” katanya di Facebook.

Selangor merekodkan 1,382 kes Covid-19 dengan 571 pesakit sembuh dan lapan kematian.

The post Sepang catat kes tertinggi positif Covid-19 appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved