Ibu Riezman Khuzaimi meninggal dunia

22 Feb 2021 • 10:11 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan ahli perniagaan Riezman Khuzaimi memberitahu ibunya, Siti Fauziah Wan Sheikh meninggal dunia kira-kira jam 6.45 petang, Ahad.

Menurut Riezman, 51, jenazah Allahyarham telah dimandi dan dikafankan di Masjid Bukit Antarabangsa pada pagi Isnin.

“ALLAH lebih menyayangi bonda saya, Siti Fauziah Binti Wan Sheikh, yang telah menghembuskan nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.

“Moga amalan arwah mak dan anak-anaknya yang soleh menjadi penemannya di alam barzakh sana.

“Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa mak, serta tempatkan mak bersama di kalangan orang-orang yang beriman.

“Man minta ampun segalanya… dan tidak akan putus doa dari anakmu ini mak. Man akan sentiasa rindu mak,” tulisnya menerusi akaun media sosial miliknya.

Riezman juga turut meminta agar orang lain mendoakan bondanya.

The post Ibu Riezman Khuzaimi meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.