Grab ialah raja industri penghantaran barangan dan seru pandu di Asia Tenggara sejak mengambil alih perniagaan dari Uber. Syarikat dari Singapura ini telah mengumumkan program vaksinasi kesemua kakitangan, pemandu dan rakan penghantar mereka menjelang 2022. Dengan program ini, Grab berharap dapat membantu kerajaan serantau dalam membendung pandemik ini.

Syarikat berkata mereka akan memberikan subsidi kepada kos menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tidak ditanggung oleh program vaksinasi kebangsaan. Ini merangkumi kesemua pemandu dan rakan penghantar di lapan negara ia kini sedang beroperasi.
Selain itu Grab turut menawarkan khidmat penghantaran vaksin untuk kilometer terakhir kepada pihak berkuasa yang memerlukan bantuan. Ini adalah mirip tawaran yang diberikan oleh Amazon kepada kerjaaan Amerika Syarikat bulan lalu.
Akhir sekali Grab akan memaparkan maklumat terkini mengenai wabak Covid-19 bagi memudahkan penyebaran maklumat sahih kepada lebih 200 pengguna yang telah memuat turun aplikasi mereka,

