Twitter Mengembangkan Ujian Untuk Space – Ciri Mirip Clubhouse

TechnologyDigital
11 Feb 2021 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Clubhouse ialah platform media sosial yang sedang tular kerana ianya eksklusif kepada insan yang dijemput dan hanya memiliki iPhone. Tidak mengejutkan oleh sebab itu Facebook telah memulakan pembangunan klon yang serupa dengan Twitter telah melakukan ujian secara kecil-kecil mereka sejak Disember yang diberi nama Space.

image is not available

Kini 3000 pengguna telah mula menggunakan Space – penambahan dari hanya 1000 pengguna sebelum ini. Pelbagai maklum balas dari pengguna-pengguna awal turut akan diambil kira sebelum Space diaktifkan kepada semula. Pengumuman jumlah pengguna fasa ujian ini disahkan oleh Kayvon Beykpour yang merupakan ketua bahagian produk Twitter.

Seperti Clubhouse, Space ialah ruang untuk berborak di dalam bilik secara jemputan. Ciri ciapan dengan suara yang hanya satu hala dikembangkan ke dalam Space bagi membolehkan pengguna Twitter berhubungan dengan suara tanpa perlu menaip. Adakah Clubhouse trend seterusnya untuk media sosial pasca wabak? Jawapannya ada kami terangkan di dalam artikel Clubhouse kami di bawah.

Baca artikel Saya Mencuba Clubhouse – Platform Media Sosial Baru Dengan Gimiknya Tersendiri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved