Saluran NTV7 tamat operasi, diganti dengan DidikTV KPM selepas 23 tahun bersiaran

17 Feb 2021 • 4:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PADA

Telah beroperasi sejak April 1998, NTV7 akan memberi laluan kepada siaran baharu tersebut.

Ia bakal bersiaran setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

DidikTV merupakan inisiatif berterusan KPM dalam memudahkan akes kepada aspek pendidikan bagi semua murid di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan media KPM, saluran itu akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum.

DidikTV juga akan memaparkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) dan kandungan yang dihasilkan oleh murid, di samping program antarabangsa yang bersesuaian.

image is not available
Lebih menarik, saluran tersebut dijadikan platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai murni dan mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Terdahulu, DidikTV telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada jam 8 pagi tadi.

Oleh itu, diharapkan isu utama berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah yang hangat diperkatakan iaitu akses terhad kepada internet terutama bagi pelajar luar bandar dan ketiadaan peranti di rumah dapat ditangani selepas DidikTV diperkenalkan secara menyeluruh.

DidikTV boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

image is not available


image is not available

The post Saluran NTV7 tamat operasi, diganti dengan DidikTV KPM selepas 23 tahun bersiaran appeared first on Sinar Plus.