SHAH ALAM, 26 FEB: Penduduk sekitar Pelabuhan Klang dan digalakkan menjalani Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Taman Pendamar Indah esok.
Dato’ Menteri Besar berkata Saringan Komuniti itu diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Klang Pendamar Indah 2 daripada jam 9 pagi hingga 4 petang.
“Penduduk sekitar terutama yang tinggal di Taman Pendamar Indah, Bandar Botanik dan Bandar Puteri digalakkan hadir.
“Pendaftaran boleh dibuat melalui http://screening.selangkah.my atau aplikasi SELangkah bagi memastikan proses ujian berjalan lancar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.
Pada 20 Januari, Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung penularan wabak.
Sebelum ini, program sama dilaksana di Dewan Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 25, Shah Alam; Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang; Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya dan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.

The post Penduduk Pelabuhan Klang digalak jalani saringan Covid-19 esok appeared first on Selangorkini.
