Pengguna LastPass Percuma Perlu Memilih Sokongan Desktop Atau Peranti Mudah Alih Bermula 16 Mac

TechnologyDigital
17 Feb 2021 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perubahan besar akan dilakukan oleh LastPass bermula 16 Mac kelak. Pada tarikh tersebut pengguna LastPass versi percuma perlu memilih untuk menggunakan perkhidmatan pada komputer ataupun peranti mudah alih. Sokongan rentas platform hanya boleh dinikmati oleh pengguna LastPss Premium yang membayar langganan bulanan yang dicaj terus RM149.99 untuk setahun.

image is not available

Ini pastinya menyukarkan bagi mereka yang bergantung kepada LastPass untuk menguruskan pelbagai maklumat akaun dan kata laluan atas talian pada pelbagai platform. Dengan isu keselamatan atas talian kini semakin serius, LastPass ialah antara aplikasi yang kerap disarankan kerana ditawarkan secara percuma pada pelbagai platform selama ini.

Pada waktu yang sama sokongan bantuan pelanggan menerusi emel juga hanya ditawarkan kepada pengguna Premium bermula 17 Mac. Pengguna percuma hanya mendapat akses bantuan menerusi laman FAQ.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved