Adibah Noor tawar diri ajar Bahasa Inggeris di DidikTV, ada persoal kelayakan

18 Feb 2021 • 3:16 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI, pengacara dan pelakon, Adibah Noor sekali lagi menjadi perhatian di laman Twitter apabila menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar di DidikTV yang dilancarkan secara rasmi pada Rabu.

Adibah menerusi Twitter miliknya secara berseloroh menawarkan diri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadi perantara mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Saya nak offer diri kepada @KemPendidikan untuk jadi perantara yang mengajar bahasa Inggeris kat DidikTV, boleh?” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta menyokong hasratnya itu.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang mempertikaikan hasrat Adibah dan merasakan beliau tidak layak untuk menjadi tenaga pengajar.

image is not available
Antara komen yang ditinggalkan di Twitter Adibah.

Tidak hanya berdiam diri, personaliti berusia 51 tahun itu berkongsikan latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.

image is not available
Adibah turut berkongsi kelayakan yang dimilikinya.

The post Adibah Noor tawar diri ajar Bahasa Inggeris di DidikTV, ada persoal kelayakan appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved