BERITA mengenai ‘keganjilan’ musim salji di Arab Saudi yang dilaporkan baru-baru ini memang mengejutkan dunia.
Portal The News melaporkan, suhu di wilayah Asir, Arab Saudi jatuh kepada -2 darjah Celsius berikutan fenomena berkenaan.

Baru-baru ini, dunia dikejutkan sekali lagi dengan kejadian serupa di Libya.
City of #Al_Bayda (#Libya) under the Snow today (@Lyobserver)
No #Climate_Change did they
saypic.twitter.com/iP5tjl4qRp
— @MedWave Shipping Libya (@MedWave1) February 16, 2021
Menurut laporan africanews.com, Gunung Hijau di timur laut Libya bertukar menjadi warna putih pada minggu ini.
Salji telah turun! Berdasarkan artikel itu, salji itu melanda negara bergolak itu untuk pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun.
Fenomena yang jarang berlaku itu bermula pada hari Isnin lalu dan dijangka berterusan sehingga beberapa hari lamanya.
Menurut Pusat Meterologi Kebangsaan Libya, cuaca sejuk di bawah paras beku telah dicatatkan di Al-Bayda, Yefren, Nalut, Al-Marj, Gunung Hijau dan Gunung Nafusa.
Dalam pada itu, menurut salah seorang penduduk di Al-Bayda, Mohammed Saleh, beliau percaya bahawa salji merupakan pertanda bagi keamanan di negara mereka.

“Saya berharap salji akan menjadi petanda baik bagi tanah air ini dengan menyatukan institusi kenegaraan agar semua kembali bersatu dan dan saling mencintai.
“Ia seperti yang kita lihat sekarang, orang ramai (semua lapisan masyarakat) berkunjung ke daerah ini bagi melihat fenomena yang sangat menakjubkan ini,” katanya dalam laporan yang sama.
Berikut SinarPlus kongsikan beberapa panorama menarik di sana hasil pendongkumentasian oleh jurugambar-jurugambar amatur di negara berkenaan.
Definitely snowing heavily in #Libya .. affecting all segments of daily Life including #Shipping and #Ports operations pic.twitter.com/kI2qc8ABUY
— @MedWave Shipping Libya (@MedWave1) February 16, 2021
City of #Al_Bayda (#Libya) under the Snow today (@Lyobserver)
The post Selepas Arab Saudi, kini Libya pula dilanda salji, 6 bandar catat cuaca sejuk paras beku appeared first on Sinar Plus.


