Ini Adalah Prototaip Pixel 2 XL Yang Tidak Dilancarkan – Dihasilkan Oleh HTC

TechnologyDigital
3 Feb 2021 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL adalah peranti yang mempopularkan penggunaan GCam. Ini kerana Pixel 2 hanya mempunyai satu kamera dan pada ketika ia dilancarkan, ia sudah mampu mengambil gambar yang cukup cantik dan hebat. Lebih-lebih lagi mod potret. Pixel 2 dihasilkan oleh HTC dan Pixel 2 XL pula dihasilkan oleh LG. Tahukah anda yang Pixel 2 XL pada awalnya sepatutnya dihasilkan oleh HTC juga?

image is not available

Ramai katakan yang HTC U11+ adalah peranti Pixel 2 XL yang tidak dilancarkan. Tetapi nampaknya Google masih ingin mengekalkan identiti Pixel 2, jadi sah di sini peranti yang didedahkan ini adalah prototaip sebenar Pixel 2 XL. Pertama kod nama yang digunakan adalah Muskie iaitu kod nama Pixel 2 XL. Kemudian, panel belakang mirip dengan Pixel 2 XL yang dilancarkan iaitu penggunaan dwi-tona warna dari bahan binaan yang berbeza.

image is not available

Walau bagaimanapun, dagu dan dahi pada peranti ini dilihat jauh lebuih tebal. Ia seakan Pixel 1 dan Pixel 2. Mungkin HTC tidak mampu merekabentuk peranti dengan skrin OLED yang mempunyai bezel nipis seperti yang Google mahukan, jadi sebab itu peranti ini dibatalkan? Peranti ini juga dilihat menjalankan sistem operasi Android O 8.0 dengan tampalan sekuriti Mei 2017.

image is not available

Teori lain kenapa peranti ini tidak dilancarkan adalah, penggunaan skrin 16:9. Google sudah bersedia ke arah paparan yang lebih memanjang, 18:9 jadi mungkin disebabkan itu LG menjadi pilihan? Apa-apa pun peranti ini nampak lebih kemas dengan sisi yang lebih rata. Tetapi syukur ia tidak dilancarkan kerana bezel yang tebal dan hodoh itu pasti menerima kritikan.