Hampir 500,000 Rakyat Malaysia Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Menerusi MySejahtera

TechnologyDigital
24 Feb 2021 • 6:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proses pendaftaran mendapatkan vaksin untuk Program Imunisasi Covd-19 Negara dibuka semalam menerusi aplikasi MySejahtera. Hari ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 mengumumkan setakat 2:45 petang, hampir 1/2 juta rakyat Malaysia telahpun mendaftar.

Angka pendaftaran sebenar ialah 465,081 dan ini adalah masih kecil jika dibandingkan dengan 32 juta rakyat Malaysia pada saat ini. Jumlah pendaftaran akan meningkat lagi selepas pendaftaran menerusi portal vaksincovid.gov.my dan talian hotline dibuka pada 5 Mac kelak. Hari ini Program Imunisasi Covid-19 Negara bermula dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima pertama.