Moto E7 Power Kini Rasmi Dengan Cip MediaTek Helio G25 Dan Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
19 Feb 2021 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Motorola kini hadir dengan sebuah lagi penawaran peranti pintar baharu untuk pasaran India. Peranti berkenaan adalah Moto E7 Power dan ia telah dijual pada harga bermula INR8299 (~RM463) dengan dua pilihan warna iaitu ahiti Blue atau Coral Red.

Untuk spesifikasi, Moto E7 Power menggunakan paparan bersaiz 6.5” Max Vision HD+ (720 x 1600 piksel) dengan sokongan kadar segar semula standard 60Hz. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip MediaTek Helio G25, memori sehingga 4GB RAM, ruang storan sehingga 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W.

image is not available

Turut melengkapinya adalah sokongan dwi-kamera utama iaitu 13-Megapixel (f/2.0) (utama) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel (f/2.2). Spefikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari fizikal dan sebagainya.