Warga emas DUN Sungai Air Tawar terima sumbangan Tahun Baharu Cina

12 Feb 2021 • 9:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 12 FEB: Seramai 200 nelayan dan warga emas dari enam kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar menerima bantuan sempena Tahun Baharu Cina semalam.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata penerima makanan asas serta wang tunai itu merupakan golongan berpendapatan rendah (B40).

“Bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan keperluan menyambut perayaan.

“Terpancar keceriaan di wajah mereka selepas menerima sumbangan ini. Semoga kedatangan Tahun Baharu ini memberi lebih banyak kegembiraan kepada semua,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Turut membantu dalam program agihan ialah wakil tok sidang, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Air Tawar serta Pakatan Harapan (PAKATAN) Sabak Bernam.

The post Warga emas DUN Sungai Air Tawar terima sumbangan Tahun Baharu Cina appeared first on Selangorkini.