Huawei Mate X2 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 22 Februari 2021

TechnologyDigital
3 Feb 2021 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Mate X2 bakal menjadi peranti-lipat yang seterusnya daripada jenama ini. Ia dikatakan bakal hadir dengan sejumlah naik-taraf lebih baik terutamanya dari segi rekaan dan perkakasan dalaman. Pelbagai spekulasi berkaitan peranti telah didengari – termasuklah hadir dengan rekaan boleh-lipat kedalam, dijana cip Kirin 9000 dan banyak lagi.

image is not available

Terkini, pihak Huawei akhirnya berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti menerusi satu poster di laman Weibo. Melaluinya, ia memperlihatkan Huawei Mate X2 akan diperkenalkan secara rasmi pada 22 Februari 2021. Pada masa sama, poster yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai rekaan pada peranti.

image is not available
Imej Sebenar Didakwa Huawei Mate X2 Tular Sebelum Ini

Walaupun tidak mendedahkan secara penuh, namun ia menunjukkan bahawa skrin pada Huawei Mate X2 menawarkan rekaan boleh-lipat kedalam – sekaligus seakan mengiyakan spekulasi yang tular. Seperti biasa penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.