Siri Redmi Note 10 Bakal Dilancarkan Sekitar Bulan Mac Kelak

TechnologyDigital
10 Feb 2021 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada siri Redmi K40, nampaknya terdapat satu lagi siri baharu di bawah jenama yang sama bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Siri yang dimaksudkan adalah Redmi Note 10 dan peranti ini telah disahkan hadir sekitar bulan Mac kelak.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengarah Urusan Xiaomi India, Manu Kumar Jain menerusi video pendek di Twitter miliknya, sebentar tadi. Namun entri berkenaan tidak pula mendedahkan sebarang info berkaitan spesifikasi pada peranti. Sebaliknya, ia hanya mengatakan peranti berkenaan akan hadir dengan lebih banyak penambahbaikan berbanding sebelum ini. Di samping, bakal memberikan pengalaman penggunaan lebih baik buat pengguna.

Buat masa ini, Redmi dilihat masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi secara khusus. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini. Jadi, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selebihnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved