Nokia 1.4 Dengan Cip Snapdragon 215 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499 Sebuah

TechnologyDigital
22 Mar 2021 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru sahaja memperkenalkan Nokia 5.4 sekitar dua minggu lalu, kini Nokia dilihat hadir dengan penawaran peranti baharu lagi untuk pengguna di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Nokia 1.4 dan ia ditawarkan pada harga RM499 sebuah.

image is not available

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza termasuklah – kedai atas talian rasmi Nokia di Lazada dan Shopee. Sebagai alternatif, ia juga boleh dibeli menerusi pengedar sah nokia iaitu Macpie Distribution.

Untuk spesifikasi khusus, Nokia 1.4 menggunakan skrin bersaiz 6.51-inci dengan resolusi HD+. Ia juga dilengkapi cip pemproses Snapdragon 215, memori 3GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 4000mAh (MicroUSB).

Tetapan kamera utama terdiri dengan 8-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro). Sementara itu, kamera hadapannya pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari fizikal, bicu audio 3.5mm, sokongan untuk radio FM, sistem operasi Android 10 Go Edition dan banyak lagi.

Beli : Beli Nokia 1.4 Di Lazada

Beli : Beli Nokia 1.4 Di Shopee

View Original Article