DYTM Tengku Amir Shah cemar duli ke Wisma Kohijrah

25 Mar 2021 • 10:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli ke Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) di sini hari ini.

Kunjungan santai baginda buat julung kalinya itu turut dihadiri 10 peniaga mikro Kohijrah dan 10 usahawan kelainan upaya (OKU) Say Lead yang bernaung di bawah DYTM Raja Muda.

image is not available
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mendengar penerangan daripada seorang usahwan Hijrah berkaitan produknya ketika lawatan baginda ke Wisma Kohijrah di Seksyen 32, Shah Alam pada 25 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Ketua pegawai eksekutif Selangor Youth Community (Say) berkata program Say Lead adalah di bawah Keusahawanan Selangor yang diwujudkan oleh baginda, bertujuan menghubungkan usahawan dan agensi di Selangor kepada peluang perniagaan.

“Kunjungan baginda hari ini bertujuan membantu golongan OKU mendapat bimbingan dan bantuan perniagaan menerusi Kohijrah.

“Platform ini juga untuk mengumpulkan usahawan dari seluruh negeri dan mewujudkan jaringan kerjasama dalam agenda pembangunan perniagaan,” kata Nurul Azwa Rodzi dalam kenyataan.

Menurutnya kerjasama melalui Kohijrah hari ini juga menyasarkan penyediaan platform dan peluang bagi usahawan untuk memasarkan produk mereka.

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community (SAY) Nurul Azwa Rodzi

“Antara bantuan yang diberi adalah pembungkusan bagi perniagaan kecil, pembiayaan daripada Yayasan Hijrah Selangor dan sumbangan kendera saji,” katanya lagi.

Pada majlis sama, DYTM Tengku Amir berkenan melawat Kohijrah Mart yang memaparkan pelbagai produk usahawan mikro tempatan dari dalam dan luar Selangor.

Turut diadakan gimik penyerahan kunci kepada dua usahawan mikro yang menjalankan perniagaan makanan melalui kendera saji dan sesi ramah mesra baginda bersama usahawan mikro dan OKU.

The post DYTM Tengku Amir Shah cemar duli ke Wisma Kohijrah appeared first on Selangorkini.