Sabak Bernam bertukar zon kuning, dua daerah catat kes Covid-19 bawah 10

25 Mar 2021 • 8:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 MAC: Sabak Bernam menjadi daerah tunggal di Selangor yang tidak merekodkan kes baharu Covid-19 semalam sekali gus bertukar kepada zon kuning.

Dua daerah mencatat kes bawah 10 iaitu Kuala Selangor dengan sembilan kes manakala tujuh kes di Kuala Langat, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Menurut agensi, Petaling menyumbang angka tertinggi iaitu 120 kes membabitkan mukim Petaling (42), Sungai Buloh (38), Damansara (33) dan Bukit Raja (tujuh), majoriti hasil saringan kontak rapat.

“Sepang pula mencatat 118 kes diikuti Klang (97), Hulu Langat (94), Gombak (25) dan Hulu Selangor (20),” katanya di Facebook.

Selangor merekodkan sebanyak 490 kes baharu Covid-19 semalam dan 412 kes sembuh.

Keseluruhannya, seramai 110,996 pesakit di negeri itu pulih berbanding 113,424 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.

image is not available

The post Sabak Bernam bertukar zon kuning, dua daerah catat kes Covid-19 bawah 10 appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved