Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Syarikat Telekomunikasi, Yoodo pagi ini menerusi satu kenyataan mengambil maklum mengenai masalah gangguan pada perkhidmatan mereka.
Gangguan tersebut yang difahamkan berpunca dari masalah teknikal menyebabkan sejumlah besar pengguna terjejas.
“Kepada pengguna, kami sedia maklum terdapat gangguan perkhidmatan yang berlaku pada sesetengah pelanggan.
“Pasukan teknikal kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul secepat mungkin. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang timbul dan berterima kasih di atas kesabaran anda” kata Yodoo menerusi satu ciapan di Twitter.
Dear users, we are aware of the current service interruption affecting some customers. The tech team is working to resolve the issue ASAP. Our apologies for any inconvenience caused and thank you for your patience.
Peranti kami yang menggunakan perhidmatan Yodoo juga tidak beroperasi sejak pagi tadi dan hanya memparkan rangkaian 3G sahaja. Selain itu aplikasi Yodoo juga dilihat masih belum boleh digunakan.

Perkhidmatan sedang dibaik pulih secara berperingkat
Menerusi satu lagi perkongsian, Yodoo menjelaskan mereka ketika ini sedang menjalankan proses pemulihan secara berperingkat kepada semua penggunanya dan berterima kasih di atas kesabaran orang ramai.
Dear users, our service is being restored in stages gradually for everyone. We will update you once it’s fully solved. We apologise for any inconvenience caused and thank you for your patience.
Mereka sebelum ini ada memaklumkan akan mengadakan aktiviti penyelenggaraan berjadual pada 17 -19 Mac 2021 namun ianya tidak akan memberikan impak kepada penggunanya dari segi penggunaan data, mesej dan juga panggilan.

