Air Selangor, IWK jalin kerjasama pulih guna air kegunaan industri

16 Mar 2021 • 1:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 16 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menjalin kerjasama untuk melaksana projek loji air pulih guna untuk kegunaan industri.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman manakala IWK oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Narendran Maniam.

Mereka turut menandatangani perjanjian pegangan saham untuk syarikat yang bakal menguruskan loji, Central Water Reclamation Sdn Bhd dengan 60 peratus saham dimiliki air Selangor dan IWK sebanyak 40 peratus.

Turut hadir menyaksikan majlis MOU adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Projek loji air pulih guna bakal dilaksanakan di Setia Alam yang mampu mengeluarkan lapan juta liter sehari, Seksyen 23 Shah Alam (40 juta liter) dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur (100 juta liter).

Usaha sama tersebut membantu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengasingkan bekalan air untuk sektor domestik dan industri untuk jangka masa panjang.

The post Air Selangor, IWK jalin kerjasama pulih guna air kegunaan industri appeared first on Selangorkini.