Saringan percuma Covid-19 di Ampang, Bangi hujung minggu ini

31 Mar 2021 • 11:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 31 MAC: Penduduk Tasik Tambahan, Ampang dan Bandar Baru Bangi disaran menyertai saringan percuma Covid-19 hujung minggu ini bagi mencegah penularan wabak.

Ujian percuma menyasar 1,000 peserta berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tasik Tambahan, Ampang dan Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada Ahad ini.

“Orang ramai disaran memanfaatkan saringan percuma untuk mengekang perebakan Covid-19,” kata Pengurus Klinik Selcare Mohamad Noor Md Nasir ketika dihubungi.

Beliau berkata pemilihan lokasi berdasarkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengenal pasti dan meramal sebaran wabak.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk sebanyak RM6 juta bagi meneruskan saringan percuma di kawasan berkepadatan tinggi dan menyasar golongan berpendapatan rendah.

image is not available

image is not available

The post Saringan percuma Covid-19 di Ampang, Bangi hujung minggu ini appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved