Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Selepas hampir dua bulan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hari ini secara rasminya sesi persekolah di dalam Malaysian kembali diadakan secara bersemuka.
Yang pasti, pelbagai persiapan dan persediaan telah dilakukan oleh para guru demi menyambut anak murid mereka.
Dari penyediaan bahan bantu mengajar secara bersemuka hinggalah menyambut kedatangan murid-murid di pintu masuk sekolah, semuanya telah disiapkan lebih awal demi membakar dan mendorong semangat pelajar yang kembali ke sekolah.
Namun warga pendidik di SK Kubang Kerian 3, mencuri tumpuan apabila mereka dilihat menggunakan kostum adiwira ‘Transformers’ untuk menyambut para pelajar mereka.
Berkongsi perkara berkenaan di laman Twitter, Cikgu M.K Izzuddin, turut memuat naik video memperlihatkan dua Transformers iaitu Optimus Prime dan Bumblebee sedang berjalan dipercayai menuju ke pagar sekolah berkenaan untuk menyambut anak murid mereka.
Nahh siap ada transformers lagi ni untuk sambut budak masuk sekolah. Hebakk
Lokasi: SK Kubang Kerian 3 pic.twitter.com/3gEL0rbaAS
Perkongsian tersebut kemudian mula mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mereka dilihat memuji inisiatif para guru berkenaan.
Malah menerusi ruangan balas, ramai yang turut berkongsi suasana di sekolah masing-masing di mana ada guru yang turut tampil dengan beberapa lagi kostum berbeza untuk menyambut anak murid.
Mickey mouse!

SK Langkawi ada Power Rangers
SK Langkawi ada power rangers
— Aliapic.twitter.com/dG9a0NCkaz
(@AliaAbdHalim) March 1, 2021
Ada dinasour
Sekolah anak saya ada dinosaur pic.twitter.com/gOkCBmNxyo
— Naja Jual Plan Telco Jimat(@naja_kluang) March 1, 2021
Di Kepala Batas ada Spiderman
Ni kt Kepala Batas, Pulau Pinang pic.twitter.com/uF4UwLo7Hs
— DianaAnakPakAzis® (@DianaAnakAzis) March 1, 2021
Hello kitty & Captain America
Sepupu saya! pic.twitter.com/fiuSQahLzn
— SyuhadaZaid ^^`° (@ZaidDaughter) March 1, 2021
Kami yakin banyak lagi pendidik yang turut melakukan perkara sama. Jika ada yang kami terlepas kongsikan pada ruangan komen kami di Facebook!

