Sony Melancarkan Sensor IMX661 Bersaiz 127.68 Megapixel

TechnologyDigital
10 Mar 2021 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sensor kamera semakin besar bagi memenuhi keperluan pasaran yang mahukan gambar yang lebih tajam, jitu dan mempunyai kemampuan pelbagai situasi yang lebih baik. Sony telahpun melancarkan sensor CMOS terkini mereka IMX 661 yang bersaiz 127.68 Megapixel.

image is not available

Sebelum anda bersorak sensor Sony kini melangkaui 100MP, berita buruk bagi anda ialah ia tidak direka untuk kegunaan kamera digital ataupun telefon pintar. Sony IMX661 dibangunkan untuk tujuan industri yang memerlukan kamera bersensor besar yang pantas.

Gambar yang jelas dapat diambil kerana sensor ini mempunyai saiz fizikal 3.6 inci (56.73mm) dan setiap pixel pula bersaiz 3.45 μm. Menerusi teknologi Pregius – sensor dengan pengatup global (global shutter) ini menghasilkan imej yang tidak mempunyai masalah distorsi.

Dua versi dihasilkan iaitu untuk fotografi berwarna dan monokrom. Pengeluaran Sony IMX661 akan dimulakan di antara April dan Mei 2021.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved