Starbucks Hadir Dengan Kesan Penuras Khas Sempena 1 April – Menawarkan Diskaun 20% Untuk Pembelian

TechnologyDigital
31 Mar 2021 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena 1 April 2021, pelbagai syarikat sering hadir dengan lawak jenaka kreatif tersendiri. Menariknya, untuk Starbucks Malaysia, mereka melakukan sesuatu yang interaktif, dan menawarkan diskaun untuk para pengguna.

Starbucks Malaysia kini menawarkan sebuah kesan penuras khas melalui Instagram, dinamakan sebagai “April 1st Starbucks”.

Pengguna boleh menemuinya di Instagram Stories dengan melakukan carian penuras atau “Filter”, dan menggunakan kesan penuras tersebut dalam melihat apakah air Starbucks rawak untuk anda.

image is not available

Seterusnya, bagi anda yang menggunakan penuras berkenaan, kemudian boleh memperlihatkan paparan skrin berkenaan di kaunter Starbucks ketika melakukan tempahan, dan menikmati diskaun 20% untuk air terpilih berkenaan.

image is not available

Promosi ini terhad untuk kedai Starbucks seluruh Malaysia, kecuali di KLIA, KLIA2, Genting Highlands, dan juga Sunway Lagoon. Promosi ini juga tidak tertakluk untuk digabungkan bersama promosi lain. Promosi ini hanya untuk 1 April 2021 sahaja.