Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Hidup di dunia IT yang serba canggih ini, tidak semua yang anda lihat di internet adalah perkara yang sebenar. Begitu juga dengan seorang gadis ‘rider’ cantik dari Jepun ini yang menjadi kegilaan ramai pemuda di sana.
Dengan hanya menayang wajah comelnya semasa melakukan aktiviti ride, Azusagakuyuki, seorang Tweetfamous mampu memiliki pengikut sekitar 20,000 orang khususnya dari kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi.
みなさーん٩( ˆoˆ )۶
おバイクしてますかぁ

もうすぐ春ですよ


年齢:昭和の○○○
身長:166
住み:イバラキ
大好き:バイクいじり
一言: Life is once, play this world#バイク乗りと繋がりたい #バイク乗りとして軽く自己紹介 pic.twitter.com/t28mZmJ4vg
Namun siapa sangka disebalik akaun tersebut gadis ini sebenarnya adalah seorang lelaki yang sudahpun berusia 50 tahun yang gemar menggunakan aplikasi penyuntingan foto Face App.

Identitinya terbongkar selepas ada dikalangan pengikutnya secara tidak sengaja terlihat satu foto yang memperlihatkan lengannya yang kelihatan sedikit maskulin untuk seorang gadis.
Menerusi laporan Dailymail, berita tersebut kepada sampai ke pengetahuan sebuah produksi program hiburan yang bertindak mencari gadis tersebut.
Dan hasilnya, mereka akhirnya berjaya membongkarkan identiti sebenarnya..


Babak tersebut nyata mengejutkan penonton sebaik ‘gadis’ berkenan membuka helmet dan memperkenalkan dirinya. Yang ada hanyalah seorang pak cik berusia lebih 50an yang dikenali dengan nama Zonggu.
Menurut Zonggu, dia melakukan semua ini termasuk menggunakan aplikasi Faceapp demi mendapatkan pengikut yang ramai di media sosial. Jelasnya dia menyukai sambutan meriah yang diterimanya dengan menggunakan identiti Azusagakuyuki walaupun terpaksa menipu orang ramai.

