Vaksin: Cecah 41,000 warga Selangor disuntik, lebih 1.6 juta berdaftar

17 Mar 2021 • 11:59 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 17 MAC: Selangor kekal merekodkan penerima tertinggi suntikan vaksin dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan 41,913 orang setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Perak pada kedudukan kedua iaitu 39,404 manakala Sabah pula 33,966 orang.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, seramai 346,508 individu menerima suntikan tersebut di seluruh negara.

Negeri lain iaitu Sarawak mencatat 32,465 orang, Kuala Lumpur (31,740), Johor (26,185), Pahang (25,933) dan Kedah (23,871).

Pulau Pinang pula merekodkan 20,393 individu menerima suntikan, sementara Kelantan (16,541), Terengganu (15,725), Negeri Sembilan (14,489), Melaka (9,120), Perlis (8,038), Putrajaya (4,383) dan Labuan (2,342).

image is not available

Sementara itu, seramai 1,668,544 individu di negeri ini sudah mendaftar untuk program vaksinasi setakat semalam daripada jumlah keseluruhan 5,742,572 seluruh negara.

Ia diikuti Johor dengan 732,516 orang, Kuala Lumpur (516,956), Sarawak (451,918), Pulau Pinang (410,841) dan Perak (395,944).

Manakala di Kedah seramai 288,837 orang telah mendaftar diikuti Sabah (254,823), Negeri Sembilan (233,024), Pahang (219,796) dan Kelantan (151,580).

Negeri lain iaitu Melaka mencatat 189,129 orang, Terengganu (142,145), Putrajaya (40,559), Perlis (35,456) dan Labuan (19,504).

image is not available

The post Vaksin: Cecah 41,000 warga Selangor disuntik, lebih 1.6 juta berdaftar appeared first on Selangorkini.