Covid-19: Selangor catat 403 kes harian, tiada kematian

22 Mar 2021 • 6:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 22 MAC: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor hari ini meningkat 403 kes berbanding 356 dilaporkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu sebanyak 221 kes berpunca daripada saringan kluster.

“Manakala 116 lagi dikesan daripada saringan kontak rapat diikuti lain-lain saringan (65) dan satu kes import.

“Wujud satu kluster baharu di negeri itu iaitu Kluster Jalan Helang melibatkan daerah Kuala Langat disebabkan jangkitan di tempat kerja,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan tiada kematian berlaku di negeri itu hari ini dan jumlah kumluatif kekal 319 kes.

Menerusi kenyataan di Facebook, agensi itu berkata kes sembuh pula bertambah kepada 351 menjadikan keseluruhan pulih 109,906.

The post Covid-19: Selangor catat 403 kes harian, tiada kematian appeared first on Selangorkini.