Redmi Note 10 Akan Menggunakan Lensa 5MP “Super Macro” – Sampel Gambar Diperlihatkan

TechnologyDigital
2 Mar 2021 • 2:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note 10 dilihat akan menarik perhatian orang ramai. Ini kerana, siri peranti ini dikenali dengan harga jualan yang mampu milik dan menawarkan spesifikasi yang agak hebat. Siri Redmi Note 10 akan dilancarkan pada 4 Mac ini, iaitu dua hari sahaja lagi. Peranti ini akan hadir dengan kamera 108MP, pertama kali dalam siri Redmi Note akan menggunakan skrin AMOLED, dan salah satu model akan dijana dengan cip Snapdragon 678.

image is not available

Manu Kumar Jain, iaitu Naib Presiden Xiaomi Global baru-baru ini menciap sampel gambar makro yang diambil dengan Redmi Note 10. Hasilnya amat memberangsangkan dan sungguh menawan. Ini kerana, beliau mendedahkan yang peranti ini akan menggunakan lensa Super Macro – iaitu lensa telefoto yang terbina dalam lensa makro. Saiz sensor adalah 5MP, sama dengan Redmi Note 9 tetapi ia boleh mengambil gambar pada jarak 2x lebih dekat.

Sama-sama kita nantikan kejutan Redmi dalam masa dua hari sahaja lagi.