Musim luruh pasaran getah diniaga lebih tinggi minggu depan

LocalBusiness & Finance
6 Mar 2021 • 10:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Pasaran getah Malaysia dijangka berada dalam aliran yang lebih tinggi minggu depan memandangkan keadaan cuaca hujan yang jarang-jarang, mungkin menjejaskan pengeluaran lateks dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low berkata ini sejajar dengan kedatangan musim luruh pokok getah yang lebih awal.

”Kami percaya permintaan dan harga getah akan kekal teguh dalam beberapa minggu akan datang,” katanya kepada Bernama.

Pembeli dijangka akan tampil ke hadapan dan memegang stok untuk beberapa waktu, sementara menunggu industri serta pergerakan rakyat kembali normal.

”Ketersediaan vaksin juga dilihat sebagai pemangkin bagi merangsang perniagaan dan industri.” katanya lagi.

Secara mingguan, SMR 20 turun 35 sen kepada 702.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 15.5 sen kepada 672.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang Jumaat, harga penutup MRB untuk SMR 20 berada pada 702.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 673.5 sen sekilogram.

– BERNAMA

The post Musim luruh pasaran getah diniaga lebih tinggi minggu depan appeared first on Selangorkini.