Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Peminat dunia hiburan khususnya drama tempatan pasti perasan kebelakangan ini ramai kelibat personaliti media sosial mula muncul di kaca TV.
Mungkin kedengaran biasa bagi kita rakyat biasa, namun trend tersebut menjadi tanya penggiat seni antaranya aktres Izara Aishah.
Menerusi satu ciapan di Twitter, Izara meluahkan rasa hairannya dengan keadaan tersebut dan turut mempersoalkan tindakan stesen TV kerana dilihat lebih memilih instafamous .
Ini menimbulkan tanda tanya kepadanya adakah stesen televisyen terpaksa menghadkan peruntukan ekoran dari negara dilanda pandemik.
Instagram famous banyak jadi pelakon. Tv semakin no budget because of covid is it?
“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet disebabkan Covid-19 ke?” tulisnya.
Ciapan tersebut kemudiannya mendapat perhatian dari ramai netizen yang rata-ratanya turut mempersoalkan perkara sama.
Ada dikalangan mereka yang berpendapat mungkin produksi tidak mampu membayar pelakon yang sudah terkenal dan ada juga yang merasakan pemilihan instafamous adlah kerana jumlah pengikut mereka yang ramai di media sosial sekaligus dapat meraih rating tinggi.

Namun disebalik komen-komen tersebut, ramai yang turut menyuarakan mereka tidak merasakan ianya satu masalah sekiranya instafamous tersebut pandai berlakon sebaliknya mereka kebanyakan yang diberi peluang menjadi pelakon hanyalah ‘kayu’ dan kaku di depan TV.
High Rating
More followers = more viewers = high rating = attract advertisers = TV get money from ads and sponsors. #business
They hire these 'instafamous' probably because of their 500K followers. So, they would think 'people will definitely watch this'.
Lakonan yang lemah? Asalkan dapat perhatian.
Lontaran dialog tak jadi? Asalkan dapat perhatian.
Penghayatan yang kurang? Asalkan dapat perhatian.
Agreed! Dia macam asal ada rupa. Talent campak dalam gaung dulu.
Xplu pegi ujibakat apa smua. Asal ada rupa blh jln. Bakat kadang letak tepi 
(@EynaHati) March 17, 2021
Semua kayu je
Insta femes berlakon kalau menjadi takpe, ni semua kayu je, baik hire balak jadi pelakon 


