Pesakit Covid-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Bermula 11 Mac

TechnologyDigital
3 Mar 2021 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perang menentang Covid-19 masih belum berakhir tetapi jumlah jangkitan baharu setiap hari semakin berkurangan dan setakat ini lebih 50,000 individu telah menerima suntikan imunisasinya di Malaysia. Bagi memudahkan lagi pengawasan pesakit dan individu di bawah pemantauan Covid-19 di Malaysia, mereka kelak diwajibkan memakai peranti pengawasan elektronik (EMD) bermula 11 Mac hadapan.

Ini diumumkan oleh Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam sidang media beliau hari ini. Pemakaian adalah wajib ke atas orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki telah dijangkiti penyakit berjangkit atau kontak kepada kes, dan telah diarahkan oleh pegawai diberi kuasa untuk menjalani pengasingan bagi pengawasan dan pemerhatian

image is not available

Mereka yang dikesan melanggar arahan pergerakan, memusnahkan, dirosakkan, dihilangkan atau diubah peranti pengesan akan dikenakan kompaun. Arahan ini berkuat kuasa selepas pindaan dilakukan ke atas peraturan 9(3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 9) 2020.

Di Malaysia EMD diperkenalkan sejak 2015 untuk menjejak pergerakan banduan, bekas militan dan penjenayah dadah yang telah dibebaskan sepanjang tempoh parol.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved