Jasebel Robert Angkat Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa, Raih Top 10 Miss Grand International

29 Mar 2021 • 5:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Buat pertama kalinya, wakil Malaysia iaitu Jasebel Robert telah terpilih sebagai 10 peserta terbaik dalam pertandingan Miss Grand International yang telah berlangsung di Bangkok Thailand.

Terdahulu, Jasebel Robert telah mencuri tumpuan dengan kostum nasional bertemakan “Mak Yong” apabila ia tergolong dalam senarai lima kostum pilihan para juri di pusingan awal.

image is not available

Jasebel yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss Popular Vote berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia.

View this post on Instagram

A post shared by Jasebel Robert (@jasebelrobert)

Dalam segmen tersebut, setiap peserta perlu memberi ucapan mengenai pandemik COVID-19. Jasebel memberikan ucapan yang tulus selain berharap agar masyarakat bersatu hati menangani pandemik COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia. 

Selain itu, kostum kebangsaan yang diperagakan oleh Jasebel juga berjaya meraih Top 5 pilihan juri profesional. Walaupun Jasebel tidak berjaya merangkul kedudukan lima teratas dalam segmen gaun petang, ia tetap merupakan pencapaian yang membanggakan.

Dalam hantaran terbarunya di Instagram, Jasebel mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong ratu cantik Malaysia kerana telah mengundi dan menyokongnya sehingga berjaya membolos ke peringkat 10 teratas.

View this post on Instagram

A post shared by Jasebel Robert (@jasebelrobert)

Gelaran Miss Grand International 2020 telah dinobatkan kepada peserta dari Amerika Syarikat. Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh Filipina dan Guatemala.

Tahniah kepada Jasebel kerana mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan yang diraih ini dapat dijadikan penanda aras buat wakil ratu cantik Malaysia yang seterusnya di masa akan datang.