Usahawan dijemput sertai kursus asas niaga dalam talian

6 Mar 2021 • 12:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 6 MAC: Usahawan di negeri ini dijemput menyertai kursus asas berniaga secara dalam talian menerusi Program Asas Digitalisasi Usahawan (Padu).

EXCO pembangunan usahawan berkata program terbaharu anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) bertujuan membantu usahawan menuju ke arah digital.

“Perniagaan pada masa kini kebanyakannya bergantung kepada platform digital dan sudah tiba masanya usahawan di Selangor menguasai ilmu perdagangan digital.

image is not available
“Tempat terhad, daftar sekarang dan temui penceramah terkenal yang akan berkongsi cara dan kaedah untuk menguasai ilmu perniagaan digital,” kata Rodziah Ismail menerusi Facebook.

Beliau berkata kursus itu berlangsung secara maya menerusi Google Zoom dengan bayaran RM20 dan terhad kepada 50 peserta sahaja yang dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

image is not availableOrang ramai boleh mendaftar melalui pautan http://t2u.asia/e/24507 untuk siri satu, http://t2u.asia/e/24509 (siri dua) dan siri tiga, empat serta lima akan dikemas kini kelak.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.sidec.com.my/padu/ .

image is not available

The post Usahawan dijemput sertai kursus asas niaga dalam talian appeared first on Selangorkini.