Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Satu bongkah konkrit dilaporkan telah terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke arah Ampang.
Difahamkan kejadian yang berlaku selepas Hillview berlaku sekitar jam 7 pagi tadi hingga menyebabkan kesesakan selama 1 jam di kawasan berkenaan.
Menerusi laporan akaun Twitter SUKE Expressway, kejadian tersebut bagaimanapun tiada kaitan dengan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).

Mereka dalam masa sama turut meminta pengguna jalan raya agar mematuhi arahan petugas trafik di lokasi.
#SUKE #INFOTRAFIK Satu bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (Bkn dr projek SUKE) di lorong tengah #MRR2 selepas Hillview arah ke Ampang. Patuhi arahan petugas trafik di lokasi@LLMinfotrafik pic.twitter.com/2yikVnc90V
Dijengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat melahirkan rasa bimbang dan gusar dengan apa yang terjadi.
Malah beberapa pengguna MRR2 turut khuatir memandangkan mereka perlu menggunakan laluan yang sama setiap hari.


Perkara sama turut dikonggsikan pengguna pengguna Facebook di laman Info Roadblock JPJ/Polis.


