iMac Baharu Dengan Cip ARM Muncul Dalam Perisian Xcode

TechnologyDigital
18 Mar 2021 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas Apple mula memperkenalkan cip pemprosesan pertama tersendiri mereka Apple Silicon, iaitu Apple M1. Antara produk yang Apple perkenalkan dijana dengan cip baharu ini adalah Macbook Air, Macbook Pro 13 dan juga Mac Mini. Cip ini telah terbukti berkuasa dan mampu melakukan pelbagai aktiviti dan tugasan berta tanpa penggunaan kuasa yang banyak dan masih boleh jimat bateri.

image is not available

Menurut Apple, peralihan penuh akan mengambil masa selama 2 tahun. Bulan Januari lalu, kita mula dengar yang Apple akan hadir dengan iMac baharu dengan rekaan baru serta pilihan warna seakan iPad Air. Beberapa minggu lalu, iMac Pro telah dihentikan pengeluarannya. Ini memberikan petanda yang iMac baharu dan mungkin dengan cip ARM atau pengganti M1 akan diperkenalkan tidak lama lagi. Baru-baru ini, pihak 9to5Mac telah menemui satu peranti misteri Apple dalam Xcode. Peranti ini dijana dengan cip ARM-64, iaitu cip Apple Silicon baharu dan butiran peranti ini memberi petanda mengenai iMac generasi baru.

Rekaan baharu iMac dilaporkan sebelum ini mungkin menggunakan rekaan mirip paparan Pro Display XDR dan akan menawarkan pilihan saiz 24-inci atau 30-inci. Dengan rekaan bezel nipis, banyak pilihan warna dan cip lebih berkuasa – iMac ini mungkin akan menjadi pilihan orang ramai. Anda setuju?

View Original Article