Cip MediaTek MT9638 Dilancarkan Untuk TV 4K Pintar

TechnologyDigital
4 Mar 2021 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti telefon, TV juga kini perlu menjadi pintar bagi memudahkan kandungan penstriman di peranti disambung pula pada skrin lebih besar. Hari ini MediaTek telah melancarkan cip terkini mereka yang menyasarkan penggunaan pada televisyen pintar dengan resolusi 4K.

Cip MediaTek MT9638 dilengkapi empat teras Cortex A55 pada kelajuan 1.5 GHz yang dipadankan pula dengan GPU Mali-G52 MC1. Walaupun baru dilancarkan, ia masih sebuah cip untuk televisyen pintar kelas pertengahan. Cip MediaTek S900 yang dilancarkan tahun lebih mercu kerana mampu menyokong resolusi 8K.

image is not available

Terdapat APU terbina yang digunakan untuk mengawal sistem kecerdasan buatan pada televisyen. Turut disokong ialah kemampuan menaikkan resolusi video sehingga 4K 60, HDR10+, HEVC, VP9 dan AV1.

Sokongan audio pula ialah Dolby Atmos dan DTX Virtual X. Input HDMI .1 bersama dengan USB 3.0 juga turut diberikan. Akhir sekali ialah sokongan rangkaian WiFI 6 yang pantas. Menurut Mediatek, cip  MT9638 akan mula ditawarkan kepada pelanggan bermula suku kedua 2021.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved