Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Bergelar seorang manusia, terdapat pelbagai jenis dugaan dan ujian hidup yang mungkin perlu kita hadapi.
Hadir dengan pelbagai bentuk, antaranya adalah dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dimana keadaan sebegini sedikit sebanyak pasti membataskan aktiviti kehidupan seharian.
Namun status ini bukanlah alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Ramai dari mereka sudahpun membuktikan yang mereka sebenarnya lebih gigih berbanding kita yang cukup segalanya.
Hal ini sama seperti sebuah perkongsian tular di laman Twitter dimana seorang pengguna dikenali sebagai Benjie telah berkongsi satu rakaman video seorang wanita yang dipercayai kelainan upaya (OKU) bisu gigih membuat jualan secara online di Facebook hanya dengan menggunakan bahasa isyarat.
Terasa rendah diri dengan org macam ni, hebat nye dia buat live dengan music dia heheh, tak yah bayar pun RT untuk rezeki org.#akutakfamous pic.twitter.com/bMGwCrzWbb
Dia yang tersentuh dengan kegigihan wanita berkenaan turut merasa rendah diri dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan wanita ini.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan jelas kelihatan tidak kekok semasa bersiaran langsung dan hasil carian kami mendapati wanita ini yang menggunakan akaun facebook bernama Zetty Sufiyyah sudah acap kali bersiaran langsung bagi mempromosikan barang jualannya.
Perkongsian tersebut membuatkan majoriti netizen tersentuh. Ramai yang dilihat meninggalkan komen positif selain memuji usaha wanita ini yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk meneroka peluang bisnes.
Bangga dengan akk ni ada kesungguhan yg tinggi. Ya Allah engkau berikanlah rezeki yang berlipat kali ganda buat saudari tersebut.. Aamiin
Bila lihat golongan kelainan upaya ni boleh berniaga macam ni cari duit sendiri, rasa macam ya Allah mereka pun mampu tabahkan diri untuk hadapi ujian sebesar itu, apa alasan aku untuk mengeluh atas ujian sekecil ini? Bangga sangat tengok mereka yang bersemangat kental ni.
Buat anda yang berminat untuk menyokong atau mengikuti jualan Puan Zetty boleh lah ke follow akaun FB beliau iaitu, Zetty Suffiyah atau copy dan paste url ini https://www.facebook.com/zetty.sufiyyah/
