Amaran cuaca buruk, waspada beberapa negeri

24 Mar 2021 • 11:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok turut dikeluarkan bagi beberapa negeri termasuk Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi)

– BERNAMA

 

The post Amaran cuaca buruk, waspada beberapa negeri appeared first on Selangorkini.