SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor giat menterjemah buku serta mengumpul bahan ilmiah bagi membolehkan rakyat mendapat bahan bacaan berkualiti.
Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu mampu meletakkan aspek pendidikan seiring dengan pembangunan selain menjadi nilai tambah kemajuan negeri.
“Meskipun Selangor merupakan negeri termaju dan menjana pelaburan tertinggi dalam negara, kita tetap mahu pendidikan berjalan seiring dengannya.
“Sekarang ini, sejak 2015 sebanyak 49 buku dari bahasa Arab, Perancis dan Inggeris sudah diterjemah kepada bahasa Melayu bagi menambah bahan bacaan orang awam,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak semalam.

Menurutnya, buku berjudul Muhammad hasil karya Matrin Ling yang diterbitkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Inisiatif Buku Darul Ehsan pada tahun lalu mendapat permintaan tinggi.
“Setakat ini hampir 3,000 naskah terjual. Pasaran buku itu di Shopee juga menarik perhatian ramai.
Berhubung pengumpulan bahan ilmiah, Amirudin berkata PPAS mendapatkan buku atau bacaan berkualiti yang tiada di pasaran dari mana-mana pensyarah yang uzur atau meninggal dunia untuk ditempatkan dalam Perpustakaan Awam Selangor.
The post Selangor terjemah buku, kumpul bahan ilmiah untuk bacaan berkualiti rakyat appeared first on Selangorkini.

