Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Terdapat banyak cara untuk mempelajari bahasa dan mahir dalamnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kebiasaannya, ianya boleh dilakukan daripada menonton rancangan televisyen dalam bahasa lain seperti drama, reality show atau sebagainya.
Namun begitu, seorang pengguna TikTok @sirsyazwan telah membuat sedikit ‘twist’ untuk mengajar para penonton videonya mengenali haiwan dalam Bahasa Arab menggunakan lagu raya.
Dendangan melodi dalam video tersebut diadaptasi oleh lagu raya yang bertajuk ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ nyanyian Dayangku Intan.
Video yang memperoleh 6.5 juta kali tontonan itu telah mendapat perhatian dan mengundang dekah netizen yang turut datang dari negara jiran!
Banyak reaksi menarik yang telah diberikan termasuklah lebih mudah untuk hafal dan rasa tak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfiltri yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Dia juga telah berkongsi pelbagai content menarik termasuklah pickup line, tips keyboard Bahasa Arab dan lain-lain lagi.
Antara video-video yang menarik seperti di bawah :