SK Hynix Mula Mengilang Cip Memori 18GB LPDDR5 Untuk Peranti Pintar

TechnologyDigital
8 Mar 2021 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa jenama-jenama peranti pintar ASUS dan Nubia bakal melancarkan peranti-peranti pintar baru dengan pilihan memori sebanyak 18GB tidak lama lagi.

Terkini, SK Hynix, syarikat pembangun cip memori dan storan terkemuka dari Korea dilaporkan telah mula mengilangkan cip memori LPDDR5 dengan kapasiti 18GB. Ini menunjukkan bahawa peranti-peranti seperti Nubia Red Magic 6 dan ROG Phone 5 hanyalah permulaan.

image is not available

Ia dilaporkan bahawa memori ini akan digunakan khusus untuk peranti-peranti pintar premium yang akan memanfaatkan pelbagai jenis teknologi baru seperti kecerdasan buatan, kamera berspesifikasi tinggi dengan fungsi rakaman video 4K keatas dan sebagainya.

Memori LPDDR5 terbaru ini juga dilaporkan hadir dengan kepantasan menghantar data setinggi 6400MB/s, ataupun sekitar 10 video Full HD bersaiz 5GB dalam satu saat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved