Tencent Mempatenkan Rekaan Konsol Mudah Alih Seakan Switch Lite

TechnologyDigital
24 Mar 2021 • 10:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada waktu ini Tencent bekerjasama dengan pelbagai pengeluar untuk menghasilkan telefon untuk permua yang menyokong aplikasi popular mereka. Dengan Tencent Edition, peranti yang dibeli dioptimasikan untuk e-sukan. Langkah seterusnya dari Tencent mungkin melancarkan pula konsol mudah alih jenama sendiri.

image is not available

Mereka telah mempatenkan rekaan sebuah konsol mudah alih yang mirip dengan sebuah Switch Lite. Pada bahagian tengah terdapat skrin dengan dua alat kawalan yang tidak boleh ditanggal diletakkan pula pada sisi kanan dan kini. Dua tombol anolog dan empat butang muka juga dapat dilihat jelas. Empat butang bahu pada bahagian atas juga disertakan. Sementara itu pada bahagian bawah pula terdapat bicu audio, port USB-C, USB-A dan HDMI.

image is not available

Dua pembesar suara pula menghala ke hadapan dan menarik sekali terdapat sebuah butang dengan logo Windows. Pada bahagian bawahnya pula tertera perkataan PC Console yang sekali lagi memberikan petunjuk konsol ini menggunakan sistem operasi Windows.

Tencent mempunyai pelbagai permainan video popular seperti COD:Mobile, PUBG, Arena Of Valor dan juga adalah pemegang saham terbesar Activision Blizzard. Sekiranya konsol ini dilancarkan, adakah mereka akan mengehadkan permainan mereka pada konsol sendiri sahaja seperti dilakukan Microsoft, Nintendo dan Sony? Hanya masa akan menjawab soalan ini.